Kolonial Mandalay (1885-194) Mandalay

British di Burma membangunkan Mandalay menjadi bandar komersil dan politik di utara Burma. Landasan kereta api dibina sehingga ke Mandalay pada 1889. Kolej Mandalay turut dibina pada 1925. Istana Mandalay dirampas dan kini masih dipamerkan di Muzium Victoria dan Albert. Kompleks itu dinamakan sebagai istana Fort Dufferin.

Mandalay juga menjadi pusat anti British. British membawa banyak buruh India ke bandar Mandalay. 1904—1905 wabak penyakit berlaku dan ramai penduduknya berhijrah. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menguasai Mandalay dari Mei 1942 hingga Mac 1945. Benteng istana menjadi kem tentera dan depot makanan Jepun. Kemudian dibom oleh tentera Berikat.